Sabtu, 15 Februari 2014

Browse » home» » » » » Helah anak patung terbongkar

Helah anak patung terbongkar

Abd Aziz (kanan) bersama anggota menunjukkan mesin judi yang dirampas.

BALING - Pelbagai helah digunakan pemilik mesin judi untuk mengaburi mata pihak berkuasa termasuk menggunakan anak patung untuk menebus wang perjudian.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, pelanggan akan diberikan patung pelbagai saiz mengikut mata yang diperoleh mereka tinjauan perjudian itu.

Menurutnya, anak patung itu kemudiannya akan ditukar di kaunter untuk mendapatkan wang tunai yang dimenangi mereka.

"Namun modus operandi pemilik mesin judi ini dapat dihidu tinjauan intipan dan serbuan dijalankan pada jam 2.30 petang di sebuah pasar raya di Kuala Ketil kelmarin.

"Hasil serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki berusia 29 sehingga 39 tahun bersama seorang penjaga mesin judi terbabit untuk membantu siasatan," katanya.

Mat Daud berkata, pihaknya turut merampas sebuah mesin judi, mesin lumba kereta, token, tiket judi, kerusi dan termasuk anak-anak patung berkenaan.

Menurutnya, pemilik mesin bersama pemilik pasar raya terbabit diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Baling bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Tebuka (ARJT) 1953.

Serbuan itu diketuai oleh Pegawai Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Baling, Inspektor Abd Aziz Md Resof bersama enam anggota.

Katanya, pihaknya komited memerangi aktiviti jenayah di daerah ini dan tidak akan berkompromi.

“Ada yang berani buka mesin judi dalam pasar raya, mereka seolah-olah mencabar polis, kita akan pastikan mereka yang terlibat ini mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar